Alhamdulillah, perjalanan program semalam berjalan dengan lancar. Semalam, under Titian Wahyu dianjurkan program melawat Rumah Orang2 Tua di Rumah Ehsan, KKB. Sepanjang aku lahir sampai ke saat ni, aku x pernah tahu ada Rumah Orang2 Tua kat kampung aku tu, tp alhamdulillah, berkesempatan juga pergi ke sana. Aku bkn ahli Titian Wahyu Outreach tp sebab rommate aku, assistant PM, jadi dia ajak ktrg pergi. So, thanks sgt2 Balqis =) Ni pengalaman yang sangat menarik.
Time nak pergi, nervous pun ada la ckit2, aku ni bkn reti sgt nak berborak dengan org2 tua, jadi risau sgt if awkward je nnt.Cmne if aku tak reti nak wat pape nnt, risau la gk sume tu bila fikir. Tapi bila bas gerak je, lalu kat laluan berbukit area Hulu Yam tu, aku dah mula pening dan loya, rasa mcm nak muntah pun ada. Bukan aku je kot,rmi lagi rasa gitu. Nasibla perjalanan sejam lebih je, if tak, maybe ada sesi muntah secara berjemaah.Hoho.
Sampai2 je, lega sebab dh x pening dh. Rumah Ehsan tu tempatnya aman n damai, yela, kawasan kampung kn. Tapi luas sangat tmptnya dan not forgetting, bersih. Mula2 ktrg diberi taklimat sebelum melawat penghuni di sana. Ada sesetengah perkara yang ktrg tak digalakkan tny unless penghuni2 tu sendiri nak cerita iaitu pasal family dan anak2 mereka. Rumah Ehsan ni adalah khas untuk orang2 tua yang agk melarat, meaning yang tak boleh jaga diri mereka. Makan,pakai mereka, mostly attendants yang jaga, tp ada sesetgh yang boleh berdikari juga.
Jadi Rumah Ehsan ni berbeza dengan Rumah Orang2 Tua yang lain.
Rumah Ehsan terbahagi kepada 4 blok, dua lelaki dan dua perempuan. Sesi lawatan ktrg bermula dengan blok perempuan. Mula2 memang sangat awkward, berborak dengan satu makcik ni (lebih sesuai dipanggil nenek, tp aku semua panggil makcik). Sampai 3 orang kerumun katil dia. Berborak macam2 dengan makcik ni tapi rasa akward still ada. lepas tu ktrg bergerak ke blok lelaki. Aku kuatkan diri dan buang perasaan awkward dan segan utk tegur satu pakcik ni. Alhamdulillah, rasa awkward tu dah hilang, lama juga berborak dengan pakcik ni. Tny tentang life dia dulu, psl sakit dia, psl Rumah Ehsan. Sempat juga kami temankan pakcik ni berjalan di luar blok dia. Pakcik ni gunakan pemegang kerusi roda sebagai alat sokongan untuk dia berjalan. terharu aku tgk pakcik ni, awal2 dulu dia langsung tak boleh bangun, tp lama2, dah juga berjln even dgn bantuan alat sokongan.
Next ktrg pergi ke blok di mana penghuninya agak melarat compare to blok2 before. Most of pakcik2 dan makcik kat sana, tak boleh bangun. Pengalaman pertama aku untuk meyuapkan seorang pakcik ni makan. Walaupun pakcik ni tak boleh berckp, dia bagi isyarat supaya kami bukakan dan suapkan makanan utk dia. Pakcik tu kena strok dan sakit tua, jd dia lumpuh half badan dia. Mula2 ktrg confuse sgt sebab pakcik ni tak boleh berckp, jd x tau pe yng pakcik ni nak, lepas lama2, baru paham yang dia nak makan. Aku rasa smpi bila2 aku akan ingat muka pakcik ni.
Lastly,kat blok perempuan pun sama, makcik ni kena strok gak, lumpuh bhgn badan belah kiri, jadi dia masih boleh bercakap walaupun agak kurang jelas percakapannya. Makcik ni gak demam, sejuk sgt kaki dia, berselubung semua. Walaupun tak jelas sangat percakapannya, tp sempat gak aku berborak dengan dia, sempat suap makan semua.
Pengalaman ni memang aku takkan lupa sampai bila2. Sepanjang hampir 4 tahun kat UIA, ni first time baru berpeluang join, n insyaallah aku akan join lagi if berkesempatan. Sampai bila kita asyik nak menerima tp tidak memberi kan? Lagipun benda2 ni buka mata aku tentang realiti kehidupan sebenar kat dunia. Tak semua orang bertuah macam kita, tp kt nanti pun tak tau pe nasib time tua nanti. Pengalaman ni juga mengajar kita cmne nak jaga orang2 tua, orang2 yg sakit. Walaupun sekejap je, tp it's an eye opener for me. Hopefully berkesempatan gak pergi lagi ke sana dan juga ke tempat2 lain. Insyaallah.


9 comments on "Satu pengalaman baru..."
pengalaman itu juga pengajaran kan. uia cantik juga ya haha
best kn dpt rs pengalaman camtu.. akk dulu pernah join program kat rumah anak yatim.. kesian tgk budak-budak kt sn.. huhu
ha'a sgt best wat social work gini. btw, finally update gak ea ;) suka.
ko tak nangis ke. kalau along mst along nangis. huhu
hati lembut. kt jaga mak kita sebaik mungkin :)
bgsla..truskn usaha2 cmni..chayo2 my love..
nas: yup, pengajaran yg sgt mendlm gk..
eh,uia mmg lawa ma..sejak dlu kot..hoho
i-za: yup..tringn gk nk gi umah ank yatim tp xde kesempatan lg..join prog2 gini bkk mata kt ckit kn ttg realiti kehidup kat sana..
farihah: yeah,dh nk grad br dpt join(or should i say, rajin..)haha
biasela,vip bz kn..br dpt update..hihi
along: x nangis..de gk yg nangis sbb makcik tu cite psl mende sedih..tp sebak gile kot pas blk..ingt lg muka pakcik n makcik y g sy suap mkn tu..yup, jaga mak n nenek sume ..=)
abg: hoho,yeah..xnk join gk ke prog2 gni?hoho
menariknya..aku xpenah lagi ada kesempatan..dlm hati mmg teringin nk pg rmh org2 tua n anak2 yatim..
wiken ni ktorng bebuka dgn ank yatim kt kedah,xjoin ka?
thank atas penulisan blog ni...sedang mencari rumah2 kebajikan warga emas utk bawa student melawat then jumpe blog ni..
thank ye...
perkongsian yang baik...
Post a Comment